Friday, June 8, 2012

Kawasaki ER6

ER6N



Kawasaki bukanlah satu nama yang asing dalam arena motosikal di malaysia, malahan di dunia. Bermula dengan penyelidikan enjin motorsikal pada tahun 1949, siap pada tahun 1952 dan di pasarkan kepada dunia pada tahun 1953.

 Hadir dalam 2 varian, ER6N & ER6F memberikan pilihan kepada pengguna mengikut citarasa masing. Untuk yang lebih rugged, boleh lah memilih siri 'N' ianya lebih naked berbanding siri 'F'.

Di perkasakan dengan enjin besesaran 649 cc memberikan kuasa yang cukup 'sedap' untuk motosikal kategori ini. Sistem penyejukan pula dari jenis cecair memberikan tahan penyejukan yang manis bilamana enjin berusaha keras memberikan peformance terbaik untuk si penunggang. Chewaahhh.

Apa yang menarik tentang motor ini ialah bila mana pemasangan di lakukan di Malayia, harganya akan menjadi murah. Berapa murah ??


ER6N


Tahun : 2012
Harga : RM 33 289


ER6F

Tahun : 2012
Harga : RM 36 189 

ER6F
Bila harganya murah, ianya memang menjadi motosikal berkuasa tinggi mampu milik.